Sejujurnya, aku telah membaca entry ini sudah berulang-ulang kali. Dan sehinggalah pada hari Jumaat ini Allah telah menggerakkan hatiku untuk berkongsi sama ilmuNya ini. Alhamdulillah, setelah diberi kebenaran dari ‘tuan punya blog’ :) Tanganku semakin laju untuk terus menaip dan berkongsi entry ini demi manfaat bersama. Aku merasakan mungkin yang di luar sana turut mengalami situasi tersebut dan tidak pasti bagaimana penyelesaiannya. Aku mengharapkan apa yang akan ku kongsikan ini dapat dijadikan teladan. Terkadang, aku tidak menafikan aku hanyalah manusia biasa yang sama sahaja seperti manusia lain. Hati dan perasaan? Memang ianya tidak dapat dipisahkan. Inikan pula remaja biasa seperti aku. Namun begitu, selagi iman yang kuat dan hati yang dekat denganNya, InsyaALLAH, aku begitu yakin kita semua dapat menghindari daripada semua ini. Berubah itu tidaklah susah insyaALLAH tetapi, apa yang menyebabkan kita berasa susah adalah untuk menetapkan hati terhadap perubahan itu dan meneruskannya. Ingatlah sahabat semua, mujahadah itu perlu! Semua orang boleh melakukannya. Jangan terlalu memikirkan soal manusia yang sememangnya tidak akan berhenti untuk bercakap soal orang lain. Manusia kalau kita buat baik, ada orang tidak suka. Kalau kita buat jahat apatah lagi, mesti ramai juga yang tidak suka. Jadi, buat hanya apa yang Allah suka walaupun manusia tidak suka. Pegang prinsip itu! Kerana kita bukan hamba manusia, kita hamba Dia. Wallahualam.
-
b054n6 reblogged this from syahirahnasir and added:
Kaum Hawa (Hihahiha Lain) VS. Kaum Hawa (Bertudung & baru nak mula mengenali cz frm skolah x prnah kawan) = Blank
-
b054n6 liked this
-
syahirahnasir posted this